Home Semasa COVID19: Kluster baharu dikesan di hospital Sarawak

COVID19: Kluster baharu dikesan di hospital Sarawak

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 21 Jul – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu COVID-19 yang melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama kluster ini iaitu kluster Sentosa (kes ke-8,773) merupakan seorang petugas kesihatan yang telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai 2020.

“Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) telah dijalankan,

“Seramai 61 orang telah disaring setakat 12 tengah hari tadi, dengan 5 daripadanya disahkan positif COVID-19, manakala 56 lagi negatif virus itu,” katanya dalam saidang media di Putrajaya, hari ini.

Ini menjadikan kluster berkenaan mempunyai 6 kes, iaitu 5 petugas kesihatan dan seorang pekerja syarikat pembersihan. Kesemua kes ini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan, perkhidmatan hospital tersebut masih diteruskan namun tidak menerima pesakit. Manakala pesakit luar pula akan dirujuk ke hospital berdekatan yang ditetapkan untuk rawatan buat sementara waktu.

“Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar sedang dijalankan. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan,” tambahnya lagi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply