Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: PDRM tahan 14 warga asing atas kesalahan imigresen

Op Benteng: PDRM tahan 14 warga asing atas kesalahan imigresen

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan 14 wargenegara asing atas kesalahan imigresen semalam.

“PDRM telah membuat 65 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 36,001 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong tikus,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan sehingga semalam, PDRM telah menahan 383 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 32 individu telah direman manakala 351 lagi individu dikenakan kompaun,

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam seramai 328 individu serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan aktiviti yang melanggar SOP seramai 55 individu,” katanya.- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply