Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Mohd Zakaria dilantik Panglima Medan Timur Tentera Darat ke-4

Mohd Zakaria dilantik Panglima Medan Timur Tentera Darat ke-4

by Nurulhuda

Sarawak, 17 Jul – Ketua Staf Markas Tentera Darat Kuala Lumpur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi secara rasmi dilantik sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) ke-4 hari ini.

Beliau telah dinaikkan pangkat dari Mejar Jeneral ke Leftenan Jeneral pada 10 Julai 2020 lalu dan telah dilantik menjadi PMT TD ke-4 menggantikan Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain yang dinaikan pangkat serta menjawat jawatan sebagai Panglima Tentera Darat ke-28 berkuatkuasa pada 11 Jun 2020.

Majlis upacara perbarisan serah terima tugas telah berlangsung di Kem Muara Tuang, di Kota Samarahan, hari ini dengan disaksikan oleh Pemangku PMT TD, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Acara serah-menyerah tersebut turut disertai oleh Perbarisan Pegawai dan anggota di bawah naungan PMT TD yang terdiri daripada 21 pegawai dan 414 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) secara statik.

Perbarisan bermula dengan upacara serah terima tugas yang menyaksikan Muhammad Hafizuddeain menyerahkan tampuk pemerintahan PMT TD kepada Mohd Zakaria.

Upacara serah terima tugas itu kemudian diikuti upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa PMT TD.

Mohd Zakaria, 57, yang berasal dari Ipoh, Perak telah berkhidmat dalam angkatan tentera selama 37 tahun telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat selain telah menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan juga luar negara. Perjawatan terakhir beliau adalah Ketua Staf Markas Tentera Darat, Kuala Lumpur.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply