Home Pertahanan dan Keselamatan Laut China Selatan: Hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia jadi keutamaan

Laut China Selatan: Hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia jadi keutamaan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 16 Jul – Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan Malaysia tetap dalam pendirian untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara di Laut China Selatan.

Pada masa yang sama, beliau menekankan semua pihak perlu berkerjasama bagi mempertahankan keselamatan dan kestabilan Laut China Selatan sebagai satu kawasan perairan yang selamat.

“Malaysia akan terus memainkan peranan secara aktif bagi memastikan kawasan tersebut sebagai kawasan perairan perdagangan yang aman,

“Oleh itu, isu berkaitan Laut China Selatan perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang antarabangsa termasuklah United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982,

“Malaysia akan meneruskan rundingan untuk membentuk penyelesaian yang terbaik melalui Code of Conduct di Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Michael R. Pompeo menegaskan Washington tidak mengiktiraf tuntutan Beijing di kawasan Laut China Selatan.

Selain itu, beliau turut menyatakan Beting Serupai (James Shoal) bukan hak milik China.

Beting Serupai merupakan fitur lautyang terletak kira-kira 50 batu nautika di luar pesisir Sarawak. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply