KUALA LUMPUR, 16 Jul – Penganjuran temasya dwi-tahunan Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’21) telah dibatalkan.
Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pembatalan penganjuran LIMA’21 di Langkawi telah diluluskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai lalu.
“Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan selaku penganjur utama LIMA’21 sedar akan impak global pandemik COVID-19 yang bukan sahaja dari sudut kesihatan malah kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia,” katanya.
Menurutnya lagi, keputusan dibuat berdasarkan pentaksiran kesan ekonomi, kekangan persiapan serta pulangan perbelanjaan oleh kerajaan serta penganjur.