Home Semasa Tabung Haji tidak dikuasai orang bukan Islam – Muhyiddin

Tabung Haji tidak dikuasai orang bukan Islam – Muhyiddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata Lembaga Tabung Haji (TH) tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.

Menurut Muhyiddin, kedudukan terkini aset Lembaga TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion.

“Lembaga TH kini mempunyai lebihan aset liabiliti sebanyak RM1.9 bilion,

“Selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),

“Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” katanya.

Muhyiddin menjawab pertanyaan lisan dari Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang meminta Perdana Menteri menyatakan kedudukan jumlah aset terkini TH dan adakah benar kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset TH serta membiarkan TH dikuasai oleh bukan Islam.

Sebelum ini, pihak pembangkang (BN/PAS) mendakwa TH dan SPV di bawah Kementerian Kewangan ketika Pakatan Harapan (PH) telah dikuasai orang bukan Islam. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply