Home Semasa 111 Ahli Parlimen tolak Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat

111 Ahli Parlimen tolak Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Seramai 111 Ahli Parlimen mengundi untuk menggugurkan speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat hari ini.

Seramai 109 Ahli Parlimen pembangkang menolak usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan menerusi undian secara belah bahagi tersebut telah diumumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Rashid Hasnon.

Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Joniti Ongkili tidak hadir pada persidangan parlimen hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Muhyiddin membentangkan usul bagi memilih bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply