Home Semasa Agenda Al-Jazeera sangat kolot, semua negara ada undang-undang – UMMAH

Agenda Al-Jazeera sangat kolot, semua negara ada undang-undang – UMMAH

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah penyiaran dokumentari oleh agensi berita Al-Jazeera berkaitan ‘locked down’ pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memaparkan fakta salah.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata penyiaran dokumentari itu telah memberi gambaran negatif bahawa kerajaan Malaysia sebagai anti PATI serta bersikap tidak berperikemanusiaan.

“Semua negara mempunyai undang-undang masuk ke sesebuah negara termasuk Malaysia,

“Dokumen masuk dan tinggal dinegara ini mestilah sah disisi perundangan negara dan antarabangsa,

“Bagi yang tiada dokumen perjalanan ia dianggap melanggar undang-undang sebagai pendatang tanpa izin dan melanggar undang-undang di negara ini dan semua negara antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Al-Jazeera seolah-olah mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menyimpan PATI tanpa dokumen yang sah.

“Adakah ini satu promosi bahawa Malaysia adalah sebuah negara tempat orang buangan tanpa dokumen? Agenda Al-Jazeera sangat kolot,

Menurutnya lagi, cara Malaysia menguruskan penularan wabak pandemik COVID-19 adalah yang terbaik di dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Sepatutnya ini yang didokumentarikan kerana Malaysia telah menyumbangkan satu contoh penyelesaian yang bijak dan boleh dicontohi oleh negara lain tapi bukan sebaliknya,

“Nampaknya Al-Jazeera telah memaparkan sisi ‘buta’ dalam memaparkan beritanya kepada rakyat Malaysia,” tegasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply