Home Semasa Ahli Parlimen Tasek Gelugor dilantik Timbalan Menteri di JPM

Ahli Parlimen Tasek Gelugor dilantik Timbalan Menteri di JPM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Jul – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith.

“Eddin Syazlee kini mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya susulan peletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh,

Menurut kenyataan itu, selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Shabudin sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

“Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply