Home Semasa 165 individu ditahan ingkar PKPP, 96 terlibat dalam aktiviti kelab malam

165 individu ditahan ingkar PKPP, 96 terlibat dalam aktiviti kelab malam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Seramai 165 individu ditahan atas kesalahan ingar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memasuki hari ke-24 pelaksanaanya, semalam.

Daripada 55 individu tersebut, 14 orang telah direman manakala 151 lagi telah dikompaun mengikut peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan ingkar arahan PKPP yang dilakukan individu terbabit termasuk aktiviti pub atau kelab malam yang membabitkan 96 orang, aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial 2 orang dan aktiviti yang melanggar SOP seramai 67 orang.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 61,727 pemeriksaan semalam (4 Julai 2020),

“Sebanyak 2,745 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan di 3,786 pasar raya, 5,498 restoran serta 1,733 penjaja, 1,007 kilang, 3,569 bank dan 741 pejabat kerajaan,

“Juga 1,204 terminal pengangkutan darat, 259 terminal pengangkutan air serta 88 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan, jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut menjelaskan Operasi Benteng bagi kawalan sempadan negara pada Sabtu menyaksikan 70 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan dan 47,782 kenderaan telah diperiksa bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutama di lorong tikus.

“Hasil daripada sekatan itu, PDRM telah berjaya menahan seorang warganegara asing kerana kesalahan Imigresen,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply