if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan ‘Din Iban’ disaran daftar dengan JHEV ATM – Ketua Pengarah JHEV

‘Din Iban’ disaran daftar dengan JHEV ATM – Ketua Pengarah JHEV

by Nurulhuda

PORT DICKSON, 4 Julai – Kisah seorang bekas tentera, Mohd Nor Saifuddin Abdullah yang tiggal di dalam khemah kerana ingin berdekatan dengan anaknya di Kg Teluk, Pasir Panjang, Port Dickson mendapat perhatian pelbagai pihak.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malasyia (ATM) dalam hantaran Facebook berkata, Ketua Pengarahnya, Mej Jen Datuk Dzulkarnain Ahmad telah melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran tidak berpencen berkenaan, pada hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Dzulkarnain turut menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang zakat bagi meringankan beban pesara yang lebih dikenali dengan nama ‘Din Iban’ dalam kalangan orang kampung,

“Din Iban juga disarankan untuk mendaftar di portal daftar JHEV ATM bagi membolehkan beliau menerima insentif yang disediakan oleh kerajaan,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, media telah melaporkan kisah bekas tentera yang sanggup tinggal di dalam khemah sejak lima tahun lalu kerana enggan berjauhan dengan 3 orang anaknya yang tinggal di kampung berdekatan.

Beliau mencari rezeki dengan menjual hasil laut di pantai bersebelahan dan juga sebagai pengawal keselamatan di Akademi Pembangunan Belia Negara, Port Dickson.

Khemah yang ‘Din Iban’ duduki lengkap dengan kemudahan katil dan dapur kayu.

Sebelum ini beliau telah dikunjungi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah, Jabatan Agama, wakil kerajaan negeri dan wakil ahli Parlimen Port Dickson bagi memberikan bantuan yang selayaknya kepada beliau. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply