Home Pertahanan dan Keselamatan Anak Perak Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik

Anak Perak Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik

by M.Daim

PORT DICKSON, 4 Julai – Muhamad Azumi Ibrahim telah dianugerahkan sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik bagi siri 191/19.

Anak kelahiran Kamunting berusia 21 tahun ini berdasarkan prestasi dan pecapaian keseluruhan beliau sepanjang latihan dijalankan.

“Penganugerahan ini dipilih berdasarkan kepimpinan, dedikasi, kesungguhan dan inisiatif beliau sepanjang latihan,

“Beliau turut mempamerkan kebolehan dan kecemerlangan dalam setiap ujian yang dijalankan,” kata Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan.

Anugerah disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain semasa Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Anugerah Akademik Terbaik pula dirangkul oleh Perajurit Muda dari Kuala Kangsar, Ijmal Aminy Mohamed Said.

Muhaymin Kadir Abd Min dari Semporna, Sabah telah dipilih sebagai Perajurit Muda Kawad Terbaik.

Sementara itu, anak kelahiran Pasir Puteh, Mohammad Noor Azrulhady Mohd Noor Azman telah dianugerahkan Kecergasan Jasmani Terbaik.

Manakala, Mohammad Ikhmal Jafpree pula dipilih untuk Anugerah Perajurit Muda Menembak Terbaik. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply