Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS sokong Muhyiddin sebagai calon PM pada PRU-15

PAS sokong Muhyiddin sebagai calon PM pada PRU-15

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini menyatakan sokongan kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi catatan facebook rasminya berkata, PAS turut menzahirkan dukungan kepada kepimpinan Muhyiddin dan permuafakatan politik Perikatan Nasional (PN) demi mensejahterakan negara dan rakyat.

“Pada masa yang sama, PAS menzahirkan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengadakan pertemuan antara ketua parti yang mendukung kerajaan PN di Putrajaya.

Dalam pertemuan tersebut, kesemua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan bermuafakat memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply