Home Semasa Helikopter EC725 TUDM terbangkan pesakit alami pendarahan otak

Helikopter EC725 TUDM terbangkan pesakit alami pendarahan otak

by Nurulhuda

KUANTAN, 1 Jul 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan penerbangan ihsan dengan membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera dari Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang semalam.

TUDM dalam hantaran Facebook rasminya berkata, pesakit, Kek Soo Oon, (19) yang mengalami pendarahan dalam otak telah diterbangkan menggunakan pesawat helikopter EC725AP dari No 10 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Kedak ke Pangkalan Udara Kuantan.

“Pesawat yang dikendalikan oleh Mej Rakeshwaran a/l Murty TUDM dan dibantu oleh Kapt Muhammad Amir Syazwan Muhammad Tarminzi TUDM selaku pembantu juruterbang telah terbang dari PU Gong Kedak jam 8.23 pagi dan tiba di Pulau Tioman jam 10.25 pagi semalam,

“Sebaik selesai mengambil pesakit, pesawat terus terbang ke Pangkalan Udara Kuantan dan selamat tiba pada jam 11.01 pagi. Turut sama terlibat dalam penerbangan ini adalah seorang kuartermaster udara dan empat orang anggota PASKAU,” katanya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply