Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 1,115 PATI, 204 tekong ditahan cuba bolosi sempadan negara

Op Benteng: 1,115 PATI, 204 tekong ditahan cuba bolosi sempadan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Seramai 1,115 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan 204 tekong telah ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) sejak 1 Mei lepas sehingga semalam atas cubaan memasuki sempadan negara secara haram terutama di lorong tikus.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa juga berjaya menahan 76 individu yang disyaki penyeludup serta 36 buah kapal.

“PDRM juga telah membuat 68 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng dan memeriksa 43,207 kenderaan bagi mengekang kemasukan (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus,

“PDRM telah berjaya menahan 5 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Op Benteng atas kesalahan imigresen,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI.

Dalam dalam masa yang sama, beliau menjelaskan PDRM juga telah menahan 65 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu, 36 individu telah direman manakala 29 individu lagi telah dikenakan kompaun,

“PDRM melalui Task Force Operasi Pematuhan melibatkan 2,904 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 13,528 anggota telah membuat 60,427 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP,

“Sebanyak 3,891 pasar raya, 5,299 restoran serta 1,940 penjaja, 921 kilang, dan 1,670 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa semalam, 3,729 tempat ibadah serta 1,467 tempat riadah,” tambahnya lagi.-airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply