Home Semasa Majlis kahwin, tunang, akikah dan tahlil dibenarkan, berkuatkuasa Rabu depan

Majlis kahwin, tunang, akikah dan tahlil dibenarkan, berkuatkuasa Rabu depan

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 24 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa semua majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dibenarkan dengan kapisiti seramai 250 orang mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah majlis pertunangan, akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula (reunion).

“Majlis tersebut hanya boleh berlangsung selama 3 hingga 5 jam (tertakluk kepada penganjuran),

“Kapisiti seramai 250 orang tersebut tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial,” katanya satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau menegaskan bahawa makanan majlis perlu dihidangkan secara hidangan, jika buffet disediakan, paramusaji hendaklah menghidangkan makanan berkenaan.

Antara Standard Operation Procedure (SOP) untuk majlis sosial ini adalah mempunyai kaunter saringan kesihatan di pintu masuk untuk memastikan bilangan kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan saringan bergejala.

“Tetamu dengan suhu 37.5 celcius atau bergejala tidak dibenarkan masuk,

“Penganjur Majlis mesti mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk rekod sekiranya berlaku kes jangkitan,” ujarnya.

MKN juga menasihatkan supaya tidak menganjur majlis yang sukar dikawal keadaan terutamanya jika ramai orang pada satu-satu masa dan perilaku tetamu sukar dikawal.

Related Articles

Leave a Reply