Home Pertahanan dan Keselamatan LPPSA arah tentera tidak berpencen selesaikan hutang perumahan sepenuhnya serta merta

LPPSA arah tentera tidak berpencen selesaikan hutang perumahan sepenuhnya serta merta

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan tidak berpencen kebanyakkan tidak senang duduk apabila dipaksa membuat pembayaran baki pinjaman perumahan dalam masa yang ditetapkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Rata-rata mereka berang dengan tindakan LPSSA yang menetapkan untuk membuat bayaran sekaligus baki pembiayaan perumahan tersebut pada kadar 4 peratus dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat perkhidmatan mereka.

Seorang pesara tentera, Mejar Rosman (Bersara) yang telah berkhidmat selama 18 tahun dalam ATM berkata, tindakan pihak LPPSA untuk menyamakan perkhidmatan anggota tentera dengan perkhidmatan awam lain amatlah tidak adil serta berbentuk penganiayaan secara amnya kepada anggota ATM.

“Saya telah diarahkan untuk membuat pembayaran secara sekaligus berjumlah RM579,470.00 dalam masa 30 hari bermula 26 Mei 2020,

“Ini berikutan pada pandangan LPPSA, saya telah memungkiri perjanjian perumahan kerana ‘meninggalkan perkhidmatan’,

“Tiada istilah ‘meninggalkan perkhidmatan’ untuk anggota tidak berpencen di dalam ATM,” jelasnya.

Pada bulan April 2019, pihak LPPSA telah memutuskan untuk melaksanakan tindakan tuntutan sekaligus ke atas baki pembiayaan perumahan bagi anggota ATM yang menamatkan perkhidmatan tidak berpencen selaras dengan Pekeliling-LPPSA 1/2018.

LPPSA juga telah menetapkan kadar faedah bagi peminjam yang dikategorikan ‘Meninggalkan Perkhidmatan’ akan dikekalkan pada kadar 4% dengan syarat peminjam membuat penyelesaian penuh ke atas baki pinjaman dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat perkhidmatan.

Sekiranya gagal, kadar faedah akan dinaikkan kepada 7% setahun atas baki pokok dan penyelesaian penuh perlu dijelaskan dalam tempoh masa yang akan ditetapkan oleh LPPSA bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil ke atas peminjam berkenaan.

Keputusan LPPSA yang melaksanakan tindakan bayaran sekaligus terhadap mereka, masih berkuatkuasa sehingga pindaan baru dikeluarkan oleh pihak LPSSA.

Namun, pihak ATM menyatakan perkara tersebut masih dalam kajian semula oleh pengurusan LPPSA berikutan beberapa siri perbincangan yang telah diadakan untuk mempertimbangkan pengecualian penguatkuasaan peratuan itu dikenakan ke atas anggota ATM.

Ini kerana terdapat perbezaan syarat-syarat perkhidmatan Skim Perkhidmatan ATM berbanding Skim Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh LPSSA.

Sehingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat oleh pihak pengurusan LPPSA berhubung dengan rayuan yang dikemukakan. Justeru itu, pelaksanaan pindaan peraturan ini masih berkuatkuasa sehingga ada pindaan baru (sekiranya ada) dikeluarkan oleh pihak LPPSA.-airtimes.my

Related Articles

6 comments

AzmanAB 25 June 2020 - 6:58 am

Salam sejahtera… kenapa perkara ini terjadi.. pindaan .. Pekeliling-LPPSA 1/2018… bila pulak dibuat.. adakah bersesuaian dengan ATM dan disamakan dengan awam.. mohon percepatkan pindaan dan kembalikan kepada asal.. jangan membebankan perkara yg dijanjikan sebelumnya.. mana kebajikan anggota tentera.. LPPSA perlulah melihat keamanan yg sedia ada.. jangan cakap anggota goyang kaki jer.. mohon pertimbangkan dan percepatkan pindaan tersebut. Terimakasih dari Bekas Anggota ATM.

Reply
Jalil 25 June 2020 - 12:31 pm

Baru nak sedar perkhidmatan ATM nih berbeza dari Awam selama main gedah dan sanakan ya. Lelong lah rumah tu kalau tak mau iktiraf khidmat ATM nih.Berbillion d rompak lanun tak nak kutip

Reply
Kannan al krishnan 25 June 2020 - 6:53 pm

Saya pun jadi manga pada tahun 2017. Apabila sy keluar dr perkhidmatan (10thn) pada 2016 masa tu UGAT tidak buat potongan perumahan dlm gaji sy dah hampir 2 tahun. Apabila tnya dngan UGAT.. Jwpanye akan dipotong.. Dh tiba masanya sy tamat perkhidmatan. Pada tahun 2017 sy dpt surat dr peguam, mnyatakan bahawa sy kena tindakan undang2 atas sbb tidak buat bayaran rumah slma 3thn+ brjmlah 34k.
Apabila sy call ke peguam.. Sy dpt tahu bahawa sy terpaksa naik mahkamah. Kat mahkamah sy dapat 30hari untk selesaikan baki tgghkan sbnyak 34k.
Sy dh Cuba terangkan apa yg berlaku.. Sdngkan bukan salah sy.. UGAT yg tidak buat potongan dlm gaji sy. Dan sy juga minta tempoh untk selesaikan 34k tu dngan cara ansuran. Tetapi gagal rayuan saya.
Apabila tamat 30hari.. Peguam panggil balik sy Dan bagi tahu rumah tersebut akan diambik balik Dan dilelong. Sy tidak dpt buat apa2 pun. Kami skluarga keluar dari rumah itu. Sy membeli rumah tersebut dngn nilai 150k. Dan buat renovation bernilai 30k.
Apabila rumah tu dilelong harga dpt jual adalah 120k shja. Balik +-35k saya masih kena bayar.
Tp smpai skrng sy xdpt buat bayaran tersebut. Atas alasan sy tidak boleh kerja lagi. Saya ada masalah tlang blkang (L4 Dan L5) masalah ini jadi di tmpat kje sy kat kem tudm.
Layanan yg diberi oleh pihak pinjaman perumahan kpd bekas tentera adalah TIDAK wajar.

Reply
Shima 25 June 2020 - 7:24 pm

Pada pandangan saya sepatutnya mereka yang berhenti dan tidak berpencen dibenarkan untuk membayar secara bulanan macam biasa kerana pihak LPPSA merupakan pemegang gadaian kepada harta tersebut. Sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjaman pihak lppsa boleh sahaja melelong harta tersebut

Reply
Sharuddin 26 June 2020 - 8:11 am

Assalamualaikum sy pun seakan teraniaya tpi kes saya potongan pencen tidak masuk dalam pemotongan bulanan perumahan, dsebabkan alasan tertentu, tetapi isu nya kenapa setelah beberapa tahun baru akaun pinjaman perumahan tidak memberitahu awal untuk saya bertindak. Tiba2 datang surat peguam untuk saya menyelesaikan baki yang tertunggak sekaligus dlm masa beberapa hari. Jika saya tidak me bayar akan ada tindakan pada saya dan rumah yang saya beli. Sedang kan alamat saya selepas pencen ada Di JHEV. Jadi saya pergi ke LPPSA untuk mendapat maklumat sebenar dan saya disuruh menyelesaikan baki hutang. Sedang kan saya sudah tiada duit waktu itu. Jika beritahu awal mungkin saya akan selesaikan sebab itu sahaja rumah yang saya ada untuk keluarga saya. Bagaimana pun saya tetap akan selamat kan rumah milik saya. Saya kesal dengan prosedur LPPSA yang menunda memberitahu kepada orang yang berkenaan lambat. Jika tidak pasti saya tinggal di pondok buruk sahaja. Alhamdulillah Allah membantu saya dan keluarga.

Reply
Tentera tak berpencen dipaksa selesaikan hutang perumahan sepenuhnya serta merta 26 June 2020 - 10:00 am

[…] Berita penuh : https://www.airtimes.my/2020/06/24/lppsa-arah-tentera-tidak-berpencen-selesaikan-hutang-perumahan-se… […]

Reply

Leave a Reply to JalilCancel reply