Home Semasa Aktiviti ibadah korban dibenarkan di Wilayah Persekutuan – Ismail Sabri

Aktiviti ibadah korban dibenarkan di Wilayah Persekutuan – Ismail Sabri

by Khairunnisa Suhairi

PUTRAJAYA, 24 Jun – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan aktiviti ibadah korban diadakan sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada akhir bulan julai ini.

Beliau berkata aktiviti ibadah korban dibenarkan diadakan di semua masjid, surau dan kawasan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan Standard Operasi Prosedur (SOP) ibadah korban yang boleh dijadikan rujukan bagi pelaksanaan di negeri-negeri lain,

“Selain daripada masjid, surau serta kawasan yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), 28 Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan 31 Rumah Penyembelihan Rimunan Swasta yang dilesenkan DVS dibenarkan untuk menjalankan penyembelihan,

“Penganjur juga perlu melaporkan aktiviti ibadah korban yang akan dijalankan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat,” jelasnya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Selain itu, kapasiti kehadiran petugas perlu dihadkan tidak melebihi 30 orang bagi menguruskan seekor lembu dan pihak penganjur hendaklah mesmastikan bilangan korban adalah bersesuaian dengan keupayaan bilangan petugas yang dilantik.

Tambahnya lagi, proses melapah dan keratan pembahagian daging mestilah dibuat di tempat yang sesuai dan lapang serta elakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dekat).

“Bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19, SOP yang ditetapkan mestilah dipatuhi ketika menjalankan ibadah korban termasuk memeriksa suhu badan di kaunter pintu masuk serta sanitasi tangan dan rekod kehadiran Jemaah,

“Petugas yang dipilih hendaklah sihat, tidak bergejala dan bukan dalam kalangan penghidap penyakit kronik serta bukan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun,

“Petugas juga perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter,” jelasnya lagi

Kerajaan juga menggalakan proses sembelihan untuk menggunakan peralatan dan sistem moden dalam sembelihan seperti “sangkar sembelihan”.

Related Articles

Leave a Reply