if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan 147 Pegawai Muda UPNM ditauliahkan dalam keadaan norma baharu

147 Pegawai Muda UPNM ditauliahkan dalam keadaan norma baharu

by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Seramai 147 orang graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berjaya ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat berpangkat Leftenan Muda, hari ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan majlis pentauliahan tersebut yang melibatkan seramai 89 graduan lelaki dan 58 graduan wanita.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan kerana ditauliahkan sebagai pegawai muda Tentera Darat,

“Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga kerana memberi sokongan dan dorongan untuk para graduan menceburi kerjaya yang mulia ini,

“Berkat usaha gigih serta doa ibu bapa dan keluarga, para graduan akhirnya dapat memenuhi cita-cita untuk menjadi pegawai tentera,” Kata Zamrose semasa ucapan Majlis Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Muda Tentera Darat Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada para frontliners yang bekerja keras dalam membendung wabak COVID-19.

Pada majlis tersebut, Muhamad Fairul Roslan yang memegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Eklektonik (Kuasa) telah dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat.

Selain aktif dalam pelbagai aktiviti dan sukan, anak kepada pemandu bas dan suri rumah ini juga merupakan penuntut modul Latihan Ketenteraan terbaik dan ditauliahkan ke dalam kor RAMD.

Majlis ringkas ini dilaksanakan secara tertutup bagi menggantikan perbarisan pentauliahan yang pada kebiasaannya dilakukan di padang kawad tanpa dihadiri ibu, bapa dan ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Md Amin Muslan; Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Nazari Abd Hadi serta Pegawai-pegawai kanan TD.

 

 

Related Articles

Leave a Reply