Home Semasa Pihak berkuasa mesti mempersiapkan negeri hadapi banjir – Sultan Johor

Pihak berkuasa mesti mempersiapkan negeri hadapi banjir – Sultan Johor

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 22 Jun – Sultan Johor menyeru agar pihak berkuasa melalui agensi-agensi yang berkaitan memastikan mangsa-mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mendapat keselesaan serta kemudahan yang secukupnya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga bertitah agar pihak-pihak yang berkenaan membuat persediaan secepat mungkin dalam menghadapi bencana banjir di beberapa daerah di Johor ketika ini.

“Saya sentiasa mengikuti serta memantau rapi situasi banjir yang melanda beberapa daerah ketika ini,

“Berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, saya berharap pihak berkuasa serta agensi-agensi yang berkaitan membuat persediaan yang secukupnya dalam menghadapi bencana banjir,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Baginda turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya sentiasa berhati-hati dan segera berpindah jika paras air mula meningkat.

Dalam masa sama, Baginda berharap Jabatan Kesihatan Johor mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan ujian saringan kesihatan di setiap PPS bagi mengelakkan penularan wabak pandemik COVID-19. -airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply