Home Semasa Kedai makan mula dibuka kepada kanak-kanak dan warga emas

Kedai makan mula dibuka kepada kanak-kanak dan warga emas

by Syahira Rahemi

PAHANG, 19 Jun-Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail hari ini membenarkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas yang berumur 70 tahun ke atas untuk masuk makan di dalam premis serta menggunakan fasiliti di dalam kawasan R&R.

Rosdy Wan Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, bahawa kebenaran ini melibatkan premis seperti restoran, medan selera, pusat penjaja, kiosk, gerai makan tepi jalan, food court dan food truck yang berada di negeri ini.

“Ini adalah termasuk Kawasan Rehat & Rawat (R&R) bagi Lebuhraya Karak ke KL, LPT1 dan LPT2 serta penggunaan fasiliti–fasiliti seperti surau dan tandas awam,” ujarnya lagi.

Walaubagaimanapun, Taman Awam atau Taman Permainan Kanak-kanak tetap tidak dibenarkan.

Tambahannya lagi, Kerajaan Negeri juga telah memutuskan untuk tidak lagi menetapkan had bagi jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk bagi setiap meja makan di restoran dan kedai makan.

Kesemua kelonggaran yang diberikan ini setelah pihak Kerajaan Negeri meneliti keadaan semasa serta mengambil kira keperluannya terhadap rakyat dan ekonomi.

Ini juga adalah sebahagian langkah bagi peluasan operasi premis perniagaan di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun, mereka masih perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan Covid-19 di negeri tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply