Home Pertahanan dan Keselamatan Jet pejuang Hawk TNI-AU terhempas di kawasan perkampungan

Jet pejuang Hawk TNI-AU terhempas di kawasan perkampungan

by M.Daim

PEKANBARU, 15 Jun – Sebuah jet pejuang Hawk 200 milik Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah dilaporkan terhempas di kawasan perkampungan barat daya Pekanbaru, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi waktu Indonesia Barat (8.30 pagi waktu Malaysia), pesawat malang itu telah terhempas dan mengenai sebuah rumah.

Pasukan polis dan bomba telah dihantar untuk mengawal api kebakaran.

Media Indonesia melaporkan pesawat terhempas ketika sedang melakukan latihan penerbangan.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada pengesahan kemalangan jiwa.

Kejadian ini merupakan kejadian terbaharu melibatkan aset ketenteraan di negara jiran.

Pada 6 Jun lalu, sebuah helikopter Mi-17v5 milik TNI-AD terhempas di Jawa Tengah dan meragut kira-kira 5 nyawa. – AirTimes.my

Galeri gambar:

 

 

 

Related Articles

1 comment

Nahas Hawk TNI-AU: Juruterbang selamat, tiada kemalangan jiwa dikalangan penduduk – Air Times News Network 15 June 2020 - 1:23 pm

[…] PEKANBARU, 15 Jun – Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam nahas jet pejuang Hawk 209 milik Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) yang berlaku…. […]

Reply

Leave a Reply