Home Semasa 4 mangsa bot terbalik Pulau Kendi ditemui selamat

4 mangsa bot terbalik Pulau Kendi ditemui selamat

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 13 Jun – Empat mangsa bot terbalik di Pulau Pinang telah ditemui selamat dalam satu Operasi Carilamat (SAR), semalam.

Kesemua mangsa ditemui kira-kira 14.7 batu nautika Barat Laut Pulau Kendi jam 5.00 petang.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot yang dinaiki empat orang warga tempatan dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik

Menurutnya lagi, bot nelayan tempatan kelas C secara kebetulan melalui ke lokasi kejadian telah menemui mangsa. Mereka ditemui sedang berpaut pada bot yang sudah terbalik bagi menggelakkan diri dari dihanyut arus.

“Bot mangsa telah ditunda oleh nelayan yang turut membantu dalam pencarian ke Jeti Nelayan Sungai Udang bersama kesemua mangsa dan selamat tiba jam 8.00 malam,” katanya.

Tambahnya, beberapa barang seperti tong ikan, enjin, barang peribadi dan beberapa peralatan di atas bot tenggelam dan hanyut. Kos kerugian dianggarkan RM20.000.- airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply