Home SemasaGlobal COVID-19: Aeroangkasa Kanada desak kerajaan kembangkan strategi jangka panjang pulihkan ekonomi

COVID-19: Aeroangkasa Kanada desak kerajaan kembangkan strategi jangka panjang pulihkan ekonomi

by Air Times News Network

OTTAWA, 11 Jun – Aerospace Industries Association of Canada (AIAC) mendesak kerajaan untuk mengembangkan strategi jangka panjang membantu sektor aeroangkasa pulih dari kemerosotan ekonomi yang disebabkan wabak pandemik COVID-19.

Naib Presiden Kanan AIAC, Mike Mueller berkata, negara lain telah menjadikan aeroangkasa sebahagian dalam rancangan pemulihan ekonomi mereka.

“Kanada perlu mengambil langkah yang sama, bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukan semasa tetapi juga bersedia untuk mengambil peluang apabila pasaran global pulih kelak,” katanya.

Pada 2 Jun lepas, syarikat AIAC telah membuat satu cadangan mengenai strategi pertahanan yang merangkumi sivil dan angkasa bagi meningkatkan lagi teknologi yang lebih tinggi.

Menurut AIAC, industri aeroangkasa Kanada adalah kelima terbesar di dunia, yang menyumbang kira-kira USD18.7 bilion kepada ekonomi negara dan menggunakan 215,000 tenaga tempatan.

Walau bagaimanapun, AIAC berkata kesan dari COVID-19 ekonomi akan menyusut secara mendadak jika tiada bantuan dari kerajaan.

Satu tinjauan baru ini mendapati bahawa syarikat AIAC menjangkakan pendapatan mereka akan menurun sebanyak 40% pada tahun 2020 akibat wabak tersebut.

Manakala lebih dari 95% syarikat tersebut beroperasi dengan kapasiti separa atau telah ditutup, dan 60% telah memberhentikan pekerjanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply