Home Semasa Pelarian Rohingya sengaja susahkan pasukan keselamatan, rosakkan bot untuk raih simpati

Pelarian Rohingya sengaja susahkan pasukan keselamatan, rosakkan bot untuk raih simpati

by M.Daim

PUTRAJAYA, 9 Jun – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kesemua 269 pelarian Rohingya yang menceroboh masuk negara terpaksa diselamatkan atas dasar kemanusian.

Mengulas kejadian yang berlaku semalam, beliau menyatakan kumpulan pelarian terbabit sengaja merosakkan bot mereka sebelum memasuki perairan negara.

Situasi tersebut telah menyebabkan para petugas di kawasan sempadan negara berada dalam keadaan dilema.

“Kita kena letakkan diri kita sebagai seorang penguatkuasa yang bertugas di kawasan sempadan. Modus operandi para pelarian ini yang menyusahkan kita,

“Sebelum memasuki perairan Malaysia, mereka sengaja merosakkan bot dan terjun ke laut sebaik saja memasuki kawasan maritim negara,

“Kita tidak mahu untuk melihat kanak-kanak dan orang tua lemas di hadapan mata. Jadi kita terpaksa selamatkan mereka atas dasar kemanusian,” katanya.

Mengulas status pelarian Rohingya tersebut, Ismail Sabri menjelaskan kerajaan telah berbincang dengan Bangladesh untuk membawa pulang kesemua pelarian terbabit sekiranya didapati lari dari Cox’s Bazar. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply