Home Pertahanan dan Keselamatan Negara ahli konvensyen jangan hanya pandai kritik Malaysia, sila ambil pelarian Rohingya

Negara ahli konvensyen jangan hanya pandai kritik Malaysia, sila ambil pelarian Rohingya

by M.Daim

PUTRAJAYA, 9 Jun – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Malaysia tetap berpendirian untuk tidak menerima pelarian Rohingya di negara ini.

Beliau berkata demikian semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

“Banyak negara dunia yang mempersoalkan cara Malaysia dalam mengendalikan pelarian Rohingya. Ada negara tuduh kita tidak berperikemanusiaan dan sebagainya,

“Jadi kita minta mereka terima (ambil) pelarian Rohingya dari Malaysia. Malah mereka adalah negara ahli Konvensyen Mengenai Pelarian 1951,

“Kita minta Kementerian Luar (Wisma Putra) berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi menguruskan penghantaran pelarian Rohingya kepada negara konvensyen,

“Kita bincang dengan UNHCR minta negara-negara ahli konvensyen untuk mengambil pelarian ini. Kenapa nak serahkan kepada kita sedangkan mereka yang tanda tangani konvensyen tersebut?” tegas Menteri.

Mengulas 269 pelarian Rohingya yang menyusup masuk ke perairan Langkawi semalam, Ismail Sabri menyatakan Wisma Putra turut berbincang dengan Bangladesh untuk mengambil kesemua pelarian tersebut.

“Kita telah berbincang dengan Bangladesh dan akan menghantar mereka balik jika didapati lari dari Cox’s Bazar,” jelasnya.

Pada 1 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan status pemegang kad UNHCR termasuk pelarian Rohingya adalah tetap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Malaysia adalah bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967,

“Sekaligus, negara ini tidak mempunyai rangka kerja perundangan dan pentadbiran yang mengawal status serta hak pelarian di negara ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply