Home Pertahanan dan Keselamatan Bocorkan bot, terjun laut taktik baharu PATI elak di usir pasukan keselamatan

Bocorkan bot, terjun laut taktik baharu PATI elak di usir pasukan keselamatan

by Nurulhuda

LANGKAWI, 8 Jun – Sindiket Pendatang Tanpa Izin (PATI) etnik Rohingya dikesan sengaja membocorkan serta merosakan enjin bot mereka sehingga tidak dapat dibaiki untuk mendarat di perairan negara.

National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan berkata, kerosakan yang dialami bot yang dinaiki oleh 269 orang PATI etnik Rohingya menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dilakukan.

“Awal pagi tadi, sebuah bot RH 9 dari Pasukan Polis Marin dan Kapal Maritim (KM) Kimanis dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah diatur gerak ke perairan Langkawi untuk melaksanakan operasi pemantauan dan pengusiran bot PATI berkenaan,

“Setelah berjaya memintas, KM Kimanis mendapati seramai 53 orang PATI Rohingya telah terjun ke laut berenang ke pantai. Kesemua mereka telah berjaya ditahan oleh pihak APMM yang telah bersedia di daratan,

“Turut ditemui seramai 216 orang PATI Rohingya dan seorang mayat PATI wanita di dalam bot tersebut,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, KM Kimanis telah memberikan bantuan berupa makanan dan air bersih yang secukupnya kepada PATI berkenaan.

“Atas dasar kemanusiaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan bot berkenaan ditunda ke Jeti Teluk Ewa Langkawi. Kesemua 269 orang PATI kini ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi,

“Manakala 1 mayat PATI wanita yang dijumpai telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

NTF melaksanakan Op Benteng secara bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi-agensi penguatkuasaaan dan keselamatan yang lain komited dalam memastikan sempadan perairan dan daratan negara tidak dicerobohi oleh PATI atau anasir asing demi memelihara kedaulatan dan kesejahteraan negara. -airtimes.my

 

 

Related Articles

1 comment

Hayyat 11 June 2020 - 12:21 am

patot yg mana ada dkat Bukit Malut, Taman Nilam Langkawi tuu pon hantaq skli.. depa mai aply ic.. dapat kerakyatan Malaysia.. dah tu buat onarr kat sini..

Reply

Leave a Reply