WASHINGTON, 8 Jun – Pusat Kawalan dan Pencegahan Jangkitan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention, CDC) Amerika Syarikat mengesahkan berlaku peningkatan kes keracunan bahan peluntur di kalangan rakyat negara itu.
Dalam laporan mingguan yang diterbitkan oleh CDC, perkara tersebut berlaku berikutan kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai penularan wabak COVID-19.
“Kajian dibuat berikutan berlaku peningkatan panggilan kecemasa berkaitan keracunan akibat bahan peluntur dan cecair nyahkuman,” kata CDC.
Berdasarkan kajian yang dilakukan pada Me lalu, 19% responden mengakui mereka menggunakan bahan peluntur untuk mencuci makanan dan 18% lagi menyapu bahan kimia tersebut pada kulit mereka.
Selain itu, 6% responden menyatakan mereka menghidu wap dari bahan peluntur atau cecair nyahkuman.
“4% responden mengaku bahawa mereka minum atau kumur dengan menggunakan cecair peluntur serta cecair nyahkuman,” jelasnya lagi.
Menurut laporan yang sama, 25% responden melaporkan mereka mempunyai kesan kesihatan akibat penyalahgunaan bahan. – AirTimes.my