if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal New Zealand isytihar ‘bebas’ dari COVID-19

New Zealand isytihar ‘bebas’ dari COVID-19

by M.Daim

WELLINGTON, 8 Jun – New Zealand menjadi negara pertama bebas dari kes aktif COVID-19 berikutan pesakit terakhir dijangkiti wabak itu telah diisytiharkan pulih.

Kementerian Kesihatan New Zealand dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesakit terakhir telah dilaporkan sembuh.

“Pesakit telah disahkan bebas dari sebarang simptom COVID-19 semenjak 48 jam lalu dan disahkan telah sembuh,

“Beliau telah dikeluarkan dari kuarantin dan dibenarkan pulang,” kata kenyataan itu.

Tangkap layar dari statistik harian kes COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan New Zealand.

Kali terakhir New Zealand merekodkan kes jangkitan COVID-19 adalah pada akhir Mei lalu.

Tinjauan di laman web rasmi kementerian mendapati statistik kes aktif adalah sifar.

Sehingga hari ini, New Zealand telah mencatatkan 1,504 kes jangkitan COVID-19 dengan 22 kematian. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply