BEIJING, 7 Jun – Lagenda bola sepak China, Hao Haidong telah melakukan pengisytiharan secara terbuka untuk menentang parti kerajaan yang memerintah negara itu.
Beliau membuat kenyataan tersebut dalam dua video YouTube yang disiarkan oleh Guo Wengui, seorang ahli perniagaan dalam buangan yang lantang menentang Parti Komunis China.
Dalam video pertama, Hao membacakan manifesto Kerajaan Persekutuan Baharu China, yang dicandangkan oleh Guo untuk mengantikan pemerintahan parti kerajaan.
“Pemerintahan secara totalitarian oleh kerajaan pimpinan Parti Komunis di China telah menyebabkan pelbagai kemusnahan dan penindasan terhadap kemanusian,” kata Hao.
Beliau turut menyatakan parti tersebut sebagai satu petubuhan pengganas yang telah ‘melakukan penindasan terhadap demokrasi, melanggar undang-undang dan kerap melanggar perjanjian’.
Selain itu, beliau turut menuduh Beijing sengaja melakukan tindakan ganas dan kejam terhadap penduduk Hon Kong.
Hao, 50 tahun, merupakan pemain bole sepak China yang terkenal pada era 1990-an dan 2000-an. beliau pernah bermain dengan kelab bola sepak Inggeris, Sheffield United. – AirTimes.my