Home SemasaGlobal China terbitkan Kertas Putih COVID-19

China terbitkan Kertas Putih COVID-19

by M.Daim

BEIJING, 7 Jun – Kerajaan China telah menerbitkan Kertas Putih COVID-19, hari ini.

Kertas putih  setebal 66 muka surat itu memperincikan tindakan China dalam menghadapi krisis wabak COVID-19 yang mula dikesan pada awal Disember 2019.

“Perang menentang COVID-19 adalah peperangan sejagat yang harus dimenangi oleh semua pihak. Dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu, China telah melancarkan tindakan sewajarnya bagi membendung penularan wabak ini,

“China mengutamakan nyawa dan kesihatan semua rakyatnya,” kata pihak Jabatan Penerangan China dalam prakata dokumen tersebut,

Kertas putih ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu Usaha China dalam memerangi epidemik, Koordinasi mengawal serta merawat jangkitan, Mengumpul usaha melawan Virus, dan Membina komuniti kesihatan sejagat.

Menurut dokumen tersebut, China telah mencatatkan 83,017 kes jangkitan COVID-19. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply