Home SemasaGlobal China dan Nazi sama sahaja, tiada beza langsung – Setiausaha Negara Amerika Syarikat

China dan Nazi sama sahaja, tiada beza langsung – Setiausaha Negara Amerika Syarikat

by M.Daim

WASHINGTON, 7 Jun – Setiausaha Negara Amerika Syarika, Mike Pompeo menegaskan tindakan China membelakangi perjanjian dengan British dalam isu kemerdekaan Hong Kong tidak ubah seperti Jerman semasa diperintah oleh Nazi.

“Parti Komunis China telah memungkiri janji mereka dengan United Kingdom dengan menafikan hak kebebasan masyarakat Hong Kong,

“Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Jerman pada satu ketika dahulu yang berjanji untuk tidak menawan mana-mana negara Eropah,” kata Pompeo semasa satu wawancara khas bersama media Washington, Daily Caller.

Dalam wawancara khas tersebut, beliau menegaskan Washington mempunyai tanggungjawab untuk berkerjasama dengan negara kuasa besar Asia melalui saluran diplomatik bagi melindungi kepentingan rakyat Amerika Syarikat.

“Peristiwa Perang Dunia ke-2 terutamanya D-Day pada 6 Jun telah mengingatkan kita bahawa banyak nyawa akan terkorban sekiranya berlaku konflik,

“Ini sekaligus menjadi peringatan kepada diri saya supaya mempergunakan pelbagai saluran yang ada sebelum menggunakan konflik sebagai langkah untuk memastikan kebebasan Amerika Syarikat terjaga,” ujarnya.

Terdahulu, Washington mengkritik tindakan Beijing yang memperkenalkan undang-undang baharu yang bertujuan untuk melindungi keselamatan kebangsaan China serta mengekang keganasan di Hong Kong.

Pada akhir Mei lalu, Donald Trump mengutuk tindakan China yang didakwamelangar Deklarasi 1984 (Declaration of 1984) dan peruntukan undang-undang Hong Kong (Hong Kong’s Basic Law).

“Tindakan China terhadap Hong Kong sekaligus memadamkan status bandar itu. Ianya merupakan satu tragedi kepada masyarakat Hong Kong, China dan juga dunia,” kata Presiden AS dalam satu ucapan di White House.

Beliau menambah, China telah ‘mengikis’ ratusan bilion dolar dari AS melalui perdagangan dua hala yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

“Salah laku China bukanlah sesuatu yang baharu dan ianya telah berlaku dalam satu tempoh yang agak lama. Mereka telah menjarah kilang, pekerjaan, industri dan turut mencuri hak milik intelek AS,

“China turut melakukan tuntutan hak yang menyalahi undang-undang di beberapa kawasan di Lautan Pasifik, mereka mengancam untuk menganggu hak kebebasan berlayar dan perdagangan,

“Malah, mereka telah memungkiri janji kepada dunia bahawa hak autonomi Hong Kong akan dijaga dengan baik,” kata Trump.

Hong Kong merupakan kawasan pentadbiran khas di bawah China selepas dikembalikan oleh United Kingdom pada 1 Julai 1997.

Pulau itu telah dicagarkan kepada British oleh Dinasti Qing melalui Perjanjian Nangking pada tahun 1842.

Deklarasi China-British pada tahun 1984 menyaksikan United Kingdom berjanji mengembalikan Hong Kong kepada Beijing. Melalui deklarasi itu juga, China berjanji untuk mengekalkan status ekonomi dan politik Hong Kong selama 50 tahun selepas diserahkan semula oleh British. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply