Home PolitikPakatan Harapan Ahli Parlimen Sri Gading menyesal sertai kerajaan Perikatan Nasional

Ahli Parlimen Sri Gading menyesal sertai kerajaan Perikatan Nasional

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ahli Parlimen Sri Gading dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr Shahruddin Salleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

“Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan berkuatkuasa mulai hari ini,

“Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrudin, beliau sepatutnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kerajaan PN,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply