Home SemasaGlobal Faktor cuaca batalkan detik bersejarah SpaceX dan NASA bawa 2 angkasawan ke ISS

Faktor cuaca batalkan detik bersejarah SpaceX dan NASA bawa 2 angkasawan ke ISS

by M.Daim

FLORIDA, 28 Mei – Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan telah menyebabkan pelancaran roket membawa 2 angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pembatalan dibuat kira-kira 10 minit selepas bahan bakar RP-1 (Rocket Propellant 1) and LOX  (Cecair Oksigen) dimasukkan ke dalam roket sebagai prosedur pelancaran.

Pentadbir NASA, Jim Bridenstine menegaskan pembatalan dibuat atas sebab keselamatan dan faktor cuaca di Pusat Angkasa Kennedy.

“Tiada pelancaran pada hari ini. Keselamatan kedua-dua angkasawan adalah keutamaan kami,

“Pelancaran seterusnya akan dibuat pada 3.22 petang hari Sabtu (3.22 pagi Ahad waktu Malaysia),” katanya dalam satu ciapan di akaun media sosial rasminya.

Pelancaran yang sepatutnya berlaku pada hari ini merupakan detik bersejarah buat Amerika Syarikat kerana usaha ini melibatkan kerjasama antara agensi NASA dengan syarikat komersil aeroangkasa.

Dua angkasawan NASA, Bob Behnken dan Doug Hurley akan sambung menjalani kuarantin sebelum pelancaran seterusnya.

Selain daripada itu, pelancaran ini juga merupakan yang pertama di negara itu selepas kali terakhir dilakukan pada 8 Julai 2011.

Dengan pembatalan operasi ini, dua angkasawan, Bob Behnken dan Doug Hurley akan meneruskan perintah kuarantin yang dilakukan semenjak 2 minggu lalu. Perintah kuarantin dikenakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan wabak COVID-19.

NASA telah membayar lebih US$ 3 billion kepada SpaceX untuk mencipta, membina, menguji dan mengendalikan kapsul guna semula untuk misi ini. Kapsul ini mampu digunakan untuk 6 perjalanan pergi dan pulang. – Airtimes.my

Cuaca batalkan detik bersejarah SpaceX dan NASA. Pelancaran seterusnya akan dilakukan pada pukul 3.22 pagi Ahad, waktu Malaysia.

Cuaca buruk membelenggu Pusat Angkasa Kennedy sebelum pelancaran.

Related Articles

Leave a Reply