Home Semasa COVID-19 semakin serius, jauh untuk berakhir – Dr Noor Hisham

COVID-19 semakin serius, jauh untuk berakhir – Dr Noor Hisham

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 27 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pandemik COVID-19 semakin serius dan masih terlalu jauh untuk berakhir.

Menurut beliau, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),sebanyak 5,559,130 kes COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020 dan daripada jumlah itu sebanyak 348,610 kes kematian dilaporkan.

“Setakat ini, Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dari seluruh dunia,

“Selepas peningkatan kes COVID-19 naik tiga angka beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu berkurang kembali kepada dua angka,

“Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak 5 kes adalah penularan tempatan dalam kalangan warga negara Malaysia,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesanan di beberapa Depot Tahanan Imgresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia.

Dalam pada itu, KKM khuatir kemungkinan akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pengerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan di kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pengesanan ini adalah susulan tindakan pendekatan tertumpu Kerajaan dalam membendung penularan kes pandemik berkenaan,

“Penurunan kes COVID-19 penularan tempatan ini adalah selaras dengan unjuran sebelum ini oleh KKM, dan ia adalah hasil tindakan-tindakan kesihatan awam yang telah dilaksanakan sejak satu bulan lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” ujarnya.

“Penurunan ini turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu, serta Prosedur Standart Operasi (SOP) yang telah ditetapkan bagi pelbagai sektor serta industri,” jelasnya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan tiada kematian dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 kes, 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,”jelas

Beliau turut menambah, sebanyak 42 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dibenarkan keluar daripada wad adalah sebanyak 6,083 kes. Kadar ini bersamaan dengan 79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” tambah Dr Noor Hisham. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply