Home Semasa Saringan menyeluruh di 3 Depoh Tahanan Imigresen tempatkan 3,432 PATI

Saringan menyeluruh di 3 Depoh Tahanan Imigresen tempatkan 3,432 PATI

by M.Daim

PUTRAJAYA, 25 Mei – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini

menegaskan saringan COVID-19 dilakukan secara menyeluruh di 3 Depoh Tahanan Imigresen yang menempatkan 3,432 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Angka tersebut melibatkan Depoh Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Beliau menjelaskan, prosedur saringan menyeluruh turut melibatkan pegawai yang bertugas serta mana-mana pihak yang mempunyai kaitan.

“Saringan turut melibatkan mana-mana pihak yang berurusan terus dengan depoh tahanan seperti mereka yang menghantar makanan dan sebagainya,” jelasnya semasa Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut beliau, mana-mana PATI yang didapati positif COVID-19 akan dihantar terus ke Pusat Kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menjelaskan beliau telah menerima perincian angka tahanan PATI di ketiga-tiga depoh terbabit dari Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

“Seramai 1,654 PATI ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Semenyih, 1,334 di Bukit Jalin manakala 1,358 lagi di Sepang (KLIA),” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply