Home Politik Kisah Najib Razak terlibat kes Altantuya adalah bohong belaka – Raja Petra Kamaruddin

Kisah Najib Razak terlibat kes Altantuya adalah bohong belaka – Raja Petra Kamaruddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini menegaskan bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan isterinya tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia,  Altantuya Shaariibbu.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang menjelaskan senario politik negara semasa era Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Badawi.

“Jika mengikut ajaran arwah Tok Guru saya, Allah tidak akan mengampun dosa seseorang melainkan dia mendapat maaf dari orang yang dia zalimi,

“Saya tahu fitnah yang dilakukan telah menyebabkan kerosakan kepada Najib dan sehingga hari ini kisah serta perakuan sumpah terbabit masih beredar di kalangan masyarakat,

“Bersempena dengan Hari Raya ini, saya ingin minta ampun dan maaf andai kata takdir Allah menentukan bahawa diri ini tidak berkesempatan untuk berhari raya di tahun hadapan,” katanya.

Beliau mendakwa, idea mengaitkan bekas Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya adalah dari ‘orang suruhan’ seorang kenamaan politik yang dikenali sebagai ‘Bul’.

“Selepas itu, saya mengeluarkan Akuan Bersumpah untuk mengaitkan Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya,

“Dalam akuan itu, saya menyatakan Rosmah ada berada di tempat kejadian pembunuhan semasa ianya berlaku,” jelas Raja Petra.

Selain itu, beliau menyedari bahawa dirinya ditipu oleh Bul kerana isterinya dihalang untuk berjumpa dengan orang kenamaan politik.

“Isteri saya, Marina kemudiannya berjumpa dengan Bul di Bangsar. Dia kemudiannya memberikan macam-macam alasan daripada menunjukkan bukti yang dijanjikan,

“Pada ketika itu, Marina tahu Bul telah menipu dan kami turut terlibat sama. Bul adalah seorang kawan yang saya kenal selama 50 tahun,” katanya lagi.

Pada tahun 2008, Raja Petra telah menandatangani Akuan Bersumpah yang menyatakan pembunuhan Altantuya adalah disaksikan sendiri oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Tuduhan tersebut kemudiannya dinafikan oleh Najib. Beliau telah melafazkan sumpah laknat pada akhir tahun lalu di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pembabitannya dalam pembunuhan Altantuya

Pada tahun 2011, Raja Petra mendedahkan beliau telah membuat akuan tersebut atas desakan beberapa orang kenamaan politik.

 

 

Related Articles

1 comment

humanitygllbal 25 May 2020 - 3:36 pm

Good news for DSN. Now the cat is out of the beg. At the end the truth prevails.Hope mahathir, anwar, mat sabu, kit siang, guan eng, mahfuz, khalid samad and others should seek forgiveness from the poor guy Najib who has been falsely accused all this while by his
political enemies. Kalau tjdak tanggung dosa di Akhirat.

Reply

Leave a Reply