Home SemasaGlobal Filipina beli peluru berpandu supersonik BrahMos dari India

Filipina beli peluru berpandu supersonik BrahMos dari India

by Air Times News Network

MANILA, 22 Mei – Filipina sedang berbincang mengenai perjanjian untuk membeli peluru berpandu supersonik BrahMos dari India sebagai sebahagian daripada program permodenan negara mereka.

Duta Besar India ke Filipina, Jaideep Majumdar berkata perbincangan itu juga menyentuh mengenai sistem persenjataan antara India dan Filipina.

“Setelah perbincangan ini berjaya, satu jawatankuasa bersama antara kedua-dua negara akan ditubuhkan bagi membincangkan sistem pertahanan ini,” katanya.

Menurut laporan media di India LiveMint, Filipina dan India telah mengadakan perbincangan rundingan harga untuk proses jual beli peluru berpandu BrahMos.

“Filipina adalah salah satu di antara beberapa negara di Asia Tenggara, termasuk Thailand, Indonesia dan Vietnam yang menunjukkan minat untuk membeli versi darat dan laut dari peluru berpandu supersonik BrahMos,” katanya.

Pada Oktober lepas, kos sistem peluru berpandu menjadi faktor utama Filipina mengaktifkan Sistem Bateri Peluru Berpandu pertama untuk tenteranya.

“India telah menawarkan USD100,000,000 kepada Filipina untuk pembelian Pertahanan, namun Manila sedang membuat pilihan untuk mendapatkan sistem BrahMos dengan dana sendiri yang akan diperuntukkan dalam Belanjawan yang akan datang,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Filipina telah membuat beberapa perjanjian dengan India untuk membeli peralatan kalis peluru dan pelindung perisai untuk kenderaan tentera.

Sebuah syarikat India juga telah menawar tender kepada Filipina baru-baru ini untuk menjual peralatan kalis peluru tersebut.

Semasa lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Filipina pada 2017, India dan Filipina telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai industri pertahanan dan kerjasama logistik antara kedua-dua negara.

India juga sedang mengkaji kemungkinan menjual BrahMos ke Indonesia, dan satu pasukan dari usaha sama Indo-Rusia yang membuat sistem akan menilai pemasangan peluru berpandu tersebut di kapal perang Indonesia.

“India juga telah mengadakan perbincangan dengan Vietnam untuk penjualan BrahMos,” ujarnya.

Peluru berpandu yang menggunakan akronim Brahmos, yang diambil daripada nama sungai Brahamputra India dan Sungai Moscow, adalah hasil usaha sama antara Organisasi Kemajuan dan Penyelidikan Pertahanan India serta Mashinostroyenia of Russia.

Projek itu bermula pada 1998, dan peluru berpandu pertama telah diuji pada 2001.

Kegunaan utama Brahmos sebagai peluru berpandu antikapal, berkeupayaan membawa peluru sehingga 660 paun dan mudah mengena sasaran mush pada jarak 290 kilometer.

Related Articles

Leave a Reply