Home Semasa PKPD Petaling Jaya tamat 22 Mei

PKPD Petaling Jaya tamat 22 Mei

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya akan ditamatkan pada hari esok, 22 Mei 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di PJO ini merupakan PKPD yang terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Ini bermakna tiada lagi PKPD selepas ini, yang tinggal hanyalah PKPD secara pentadbiran seperti di kawasan Pasar Pudu, Kuala Lumpur,

“Namun, pelaksanaan PKPD sepenuhnya iaitu di kawasan PJO akan ditamatkan esok,” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan PKPD ke-8 di kawasan PJO pada 10 Mei lalu ekoran terdapat peningkatan kes positif pandemik COVID-19 yang berpotensi risiko penularannya di kawasan berkenaan.

Dianggarkan, terdapat 2,150 penduduk termasuk 595 warga asing tinggal di kawasan berkenaan dan mereka sudah disaring sepenuhnya.

Difahamkan, anggota tentera telah mula membuka kawat duri yang dipasang di sekitar kawasan berkenaan sejak malam tadi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply