Home SemasaGlobal China tidak mampu tubuhkan ADIZ di Laut China Selatan

China tidak mampu tubuhkan ADIZ di Laut China Selatan

by Air Times News Network

TAIPEI, 19 Mei (CNA) – Tiada petunjuk China mampu untuk menubuhkan Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) di kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan dalam masa terdekat, kata pegawai kanan Pertahanan Taiwan pada Isnin.

Pegawai Operasi Ketenteraan dan Perancangan di Kementerian Pertahanan Nasional (MND), Leftenan Jeneral Ye Gou-Huei berkata sebelum ini China mendakwa kawasan ADIZ tersebut adalah sebahagian wilayahnya di Laut China Selatan.

Memetik laporan Focus Taiwan (CAN), Ye Gou-Huei menegaskan setakat ini tidak ada petunjuk Beijing untuk berbuat demikian.

“China perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum untuk menubuhkan ADIZ di kawasan yang dipertikaikan itu kerana bertindah dengan ADIZ Filipina,

“Tentera Taiwan akan terus memerhati perkembangan mengenai isu itu,” kata Ye Gou-Huei.

Pada November 2013, China mengumumkan penubuhan ADIZ di Laut China Timur kawasan yang bertindih dengan Taiwan, Jepun dan Korea Selatan. Pengumuman China itu telah membawa kepada protes dari tiga negara tersebut.

Sejak itu telah banyak dilaporkan bahawa China merancang untuk melakukan perkara yang sama di Laut China Selatan.

Sementara itu, Leftenan Jeneral Chen KUO-Hua berkata pesawat peronda China telah membuat rondaan di Laut China Selatan beberapa bulan kebelakangan ini dalam usaha untuk mengukuhkan kedaulatan di kawasan yang dipertikai.

Chen berkata demikian bagi memberi maklumbalas kepada siasatan daripada ahli Parlimen yang membuat laporan media luar negara bahawa imejan satelit menunjukkan pesawat rondaan Maritim Cina di terumbu karang di Laut China Selatan pada bulan April.

Mengikut laporan, terumbu di Kepulauan Spartly, kini diduduki oleh China dan dibina pangkalan tentera terbesar di Laut China Selatan.

Taiwan, bersama-sama dengan Brunei, China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam, menuntut pemilikan Wilayah Laut China Selatan, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply