Home Semasa Hairan, masih ramai yang ‘curi-curi’ hendak pulang ke kampung

Hairan, masih ramai yang ‘curi-curi’ hendak pulang ke kampung

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 18 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan sebanyak 1,175 kenderaan telah diarahkan berpatah balik setelah didapati ingkar arahan rentas negeri semalam.

Beliau berkata, kesemua kenderaan ingkar itu dikesan melalui 148 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pemeriksaan ke atas 156,096 kenderaan.

“Yang mengherankan, ramai lagi individu yang hendak balik ke kampung walau tidak dibenarkan,

“Walau pelbagai nasihat telah dikeluarkan, pihak polis turut mengarahkan untuk berpatah balik, tetapi masih ramai yang cuba untuk balik ke kampung,

“Dan mereka telah diarahkan oleh PDRM untuk berpatah balik ke kediaman masing-masing semula,

“Saya harap, tidak perlu mencuba untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung. Ini kerana sekiranya diarahkan berpatah balik, ia akan menyusahkan keluarga itu juga” jelas beliau pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Pada Sabtu, 1,248 diarah berpatah balik selepas didapati cuba “curi-curi” balik kampung, naik sekali ganda berbanding 508 kenderaan pada Jumaat.

Semalam, Ismail berkata tiada jaminan mereka yang sudah terlepas ke kampung akan boleh lepas pulang ke rumah masing-masing nanti.

Ismail Sabri turut mengingatkan semua rakyat agar mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerjaaan.

“Ini kerana, kegagalan mematuhi SOP dan peraturan inilah yang akan menyebabkan individu tadi ditahan,” tambah beliau.- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply