Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat C130H TUDM terbangkan bayi hidap penyakit jantung

Pesawat C130H TUDM terbangkan bayi hidap penyakit jantung

by Air Times News Network

SUBANG, 16 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 35 hari dari Kuala Terengganu ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

TUDM dalam hantaran Facebook rasminya berkata, bayi tersebut yang menghidap penyakit ‘Congenital Cyanotic Heart Disease’ memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dalam situasi ini, bayi tersebut tidak sesuai untuk dibawa ke IJN dengan menggunakan pengangkutan darat kerana penyakit itu amat berisiko,

“Pesawat C130H dari No. 20 Skuadron yang beroperasi di Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan penerbangan yang melibatkan seramai 9 anak kapal diketuai juruterbang Mejar Hamdi Tajuddin TUDM yang dibantu Mej Muhammad Izwanshah Azman TUDM,

“Pesawat selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 1.10 petang,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?