Home Semasa Tiada sidang parlimen selepas Titah Diraja

Tiada sidang parlimen selepas Titah Diraja

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 18 Mei ini dipinda dengan hanya menyaksikan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pindaan itu dibuat selepas menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis.

“Pihak kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang akan berlangsung selama satu hari itu pada Isnin, 18 Mei 2020 dipinda dengan urusan Majlis Mesyuarat,

“Titah Diraja itu bermula pada pukul 10 pagi dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak,

“Tiada sidang selepas Titah Diraja,”kata Mohammad Ariff.

Menurut beliau, pindaan itu adalah selaras dengan peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat akan mengeluarkan Notis Baru Majlis Persidangan Dewan Rakyat kepada semua ahli-ahli parlimen,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply