Home Semasa Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja

Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 13 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah memutuskan aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dihadkan pada hari pertama perayaan sahaja.

Menurutnya, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah memutuskan aktiviti ziarah ini hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari.

“Jumlah maksimum 20 orang sehari ini juga perlu mengambil kira saiz kediaman masing-masing bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) penjarakan sosial dapat diamalkan,

“Contohnya rumah flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang satu masa itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial,” kata pada sidang media harian hari ini.

Ismail Sabri juga menegaskan tiada rumah terbuka dibenarkan sama sekali pada hari perayaan dan selaras dengan Akta 342 yang tidak membenarkan orang ramai berhimpun.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat kabinet hari ini juga memutuskan semua pejabat kerajaan, terutama kaunter perkhidmatan dibuka sepenuhnya.

“Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mula beroperasi sepenuhnya bermula hari ini dan akan diikuti oleh jabatan kerajaan yang lain,

“Semua SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya seperti saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial dan menyediakan hand sanitizer,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply