Home Pertahanan dan Keselamatan ATM ketuai Special Task Force sekat pencerobohan PATI di Malaysia

ATM ketuai Special Task Force sekat pencerobohan PATI di Malaysia

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 11 Mei – Kerajaan telah menubuhkan satu  pasukan petugas khas (Special Task Force) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui lorong tikus.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan ini turut dianggotai oleh semua agensi beruniform.

Beliau menambah, kesemua agensi yang terlibat dapat melakukan kerjasama secara bersepadu dalam menjaga sempadan negara yang merupakan sebahagian usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Semua lorong tikus telah kita kenal pasti. Kita (kerajaan) sudah tahu jalan-jalan mana mereka datang, sama ada di Pantai Barat Semenanjung, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak,” kata Ismail Sabri dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, kerajaan kini telah menyatukan pasukan khas dan aset yang sedia ada untuk mengawal sempadan negara dengan lebih tersusun dalam menangani masalah PATI.

Ismail Sabri menegaskan kerajaan turut melakukan tangkapan terhadap individu yang menjadi dalang penyeludupan PATI.

“Sebenarnya saya tidak melaporkan sudah ada tangkapan dibuat termasuk tekong-tekong mereka,

“Ramai telah ditangkap selepas kita lakukan kawalan bersepadu, cuma tak mahu hebahkan. Untuk pengetahuan rakyat, apa yang kita lakukan mampu menyekat kemasukan PATI melalui lorong tikus,” tambah Ismail Sabri.

 

Related Articles

1 comment

ATM Ketuai Special Task Force Sekat PATI - Anak Bapak 12 May 2020 - 8:25 am

[…] Tambah beliau, semua agensi terbbit akan bekerjasama secara bersepadu dalam menjaga sempadan negara yang juga merupakan sebahagian usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia seperti mana yang dilaporkan oleh Portal Air Times. […]

Reply

Leave a Reply