KUALA LUMPUR, 5 Mei – Zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Selayang telah diperluaskan ke Taman Wilayah mulai hari ini
Menurut penduduk di kawasan itu, anggota tentera dilihat telah mula memasang pagar kawad duri.
Air Times turut menerima beberapa video yang menunjukkan proses kerja persiapan sedang dilakukan.
Tinjauan di media sosial turut mendapati rata-rata penduduk melaporkan kejadian yang sama.
“Lockdown di Taman Wilayah. Makluman kepada semua, Taman Wilayah tidak dibenarkan masuk mulai malam ini,
“Anggota tentera mula memasang kawad duri,” kata seorang penduduk dalam video yang diterima oleh Air Times.
Melihat perkembangan lalu, Air Times menjangkakan pengumuman rasmi akan dibuat semasa sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan). – Air Times