Home Semasa PKPB: PDRM dan ATM fokus penguatkuasaan pematuhan SOP

PKPB: PDRM dan ATM fokus penguatkuasaan pematuhan SOP

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 4 Mei – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan fokus penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini adalah kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ismail Sabri, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih lagi dikuatkuasa dalam PKPB.

“Ramai yang masih terkeliru, seolah-olah akta ini tidak lagi dikuatkuasa setelah PKPB bermula,

“PKPB ini sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hukuman dibawah akta ini tetap sama, iaitu kompaun tidak melebihi RM1 ribu, atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media harian PKP hari ini.

Tambahnya lagi, premis-premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan dan SOP boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sama di bawah Akta 342 dan juga boleh ditutup.

Hari ini, beberapa sektor ekonomi dan dan industri telah pun dibenarkan untuk memulakan operasi menerusi PKPB. – AirTimes

 

Related Articles

Leave a Reply