Home Semasa 200 penguatkuasa gempur PATI di Jalan Masjid India

200 penguatkuasa gempur PATI di Jalan Masjid India

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini menggempur Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India.

Operasi besar-besaran itu bermula sekitar jam 9.00 pagi, melibatkan hampir 200 pegawai dan anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi terbabit dalam serbuan itu.

Difahamkan operasi itu bertujuan untuk melaksanakan proses dokumentasi warga asing di PKPD Malayan Mansion dan Selangor Mansion.

Operasi dokumentasi dijalankan kepada warga asing oleh pelbagai agensi penguatkuasaan – Foto: AirTimes/Azuwan

Operasi yang diketuai JIM juga turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Operasi dokumentasi dijalankan kepada warga asing oleh pelbagai agensi penguatkuasaan – Foto: AirTimes/Azuwan

Manakala menurut sumber, operasi tersebut diadakan adalah bagi mengesan kesalahan warga asing mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan seramai 568 PATI telah ditahan atas kesalahan imigresen di PKPD Menara City One dan sekitar kawasan Masjid India.

“Kesemua PATI yang ditahan oleh JIM telah dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 1 Mei lepas, JIM juga telah membuat operasi serbuan di PKPD Menara City One dan sekitar kawasan Masjid India. – AirTimes

 

Related Articles

Leave a Reply