Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Kapal perang baharu mantapkan keupayaan armada TLDM jaga perairan negara

Kapal perang baharu mantapkan keupayaan armada TLDM jaga perairan negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dalam proses penerimaan 2 buah Kapal Misi Persisir (Littoral Mission Ship, LMS) dari Wuhan China bagi memastikan kesiagaan Armada TLDM sentiasa di tahap tertinggi serta memenuhi keperluan operasi untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan oleh pihaknya bagi memenuhi keperluan tersebut.

Beliau berkata LMS pertama TLDM, iaitu KD KERIS telah diserahkan pada 31 Disember 2019 dan ditauliahkan pada 6 Januari yang lalu. KD Keris kini sedang menjalani latihan kemahiran sebelum beroperasi sepenuhnya.

“Manakala pembinaan LMS 2 SUNDANG pula, telah siap sepenuhnya dan kini menunggu untuk diserahkan kepada TLDM dalam masa terdekat,” jelas Mohd Reza dalam perutusannya sempena Hari TLDM pada Isnin.

Selain penerimaan kapal persisir, TLDM juga telah melaksanakan beberapa projek di bawah kategori yang sama iaitu perolehan 6 buah Littoral Combat Ship dan 12 buah Unmanned Aerial System bagi memastikan peningkatan keupayaan serta pemodenan armada berlandaskan Teras kedua Direktif Strategik yang ditetapkan.

“TLDM juga sedang menanti perolehan 3 buah Helikopter Operasi Maritim, 18 buah Fast Interceptor Craft, 8 buah Special Force Boat dan 9 buah Divers RHIB Boat,

“Kapal-kapal dari ketiga-tiga Skuadron Fast Attack Craft (FAC) akan menjalani Obsolescence Programme bagi proses pembaharuan komponen dan peralatan yang mengalami keusangan bermula Mei ini,

“Bagi meningkat daya tempur skuadron ini, penggantian Combat System juga akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan keupayaan penembakan meriam melalui sistem kawalan yang lebih efisien,

“Kesemua 14 buah 6 kapal dari skuadron-skuadron ini dirancang untuk diteruskan perkhidmatan di dalam TLDM bagi tempoh 15 tahun lagi iaitu sehingga tahun 2035,” tambah Mohd Reza.

Mohd Reza berkata, selain kesiagaan armada, beberapa projek pembinaan juga dilaksanakan seperti pembangunan Pusat Latihan PASKAL dan Pangkalan TLDM Sg Luncoo yang telah siap sepenuhnya serta diserahkan kepada TLDM.

“TLDM juga sedang menumpukan pelaksanaan Projek Perumahan iaitu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sebanyak 1,036 unit dan Pusat Hidrografi Nasional sebanyak 202 unit dari pelbagai kelas,

“TLDM turut melakukan beberapa inisiatif termasuk melaksanakan sewaan perumahan secara berkelompok di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,

“Beberapa projek sewaan ini juga dirancang untuk diperluas di sekitar kawasan Lembah Klang dan Labuan bagi memenuhi keperluan perumahan warga the Navy People,” jelas Panglima Tentera Laut.

Related Articles

Leave a Reply