Home Semasa COVID-19: Tiada kematian, 100 pulih dan 38 kes baharu hari ini

COVID-19: Tiada kematian, 100 pulih dan 38 kes baharu hari ini

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 26 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 98 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini bilangan pesakit sembuh dan telah discaj dari hospital adalah seramai 100 orang.

“Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 3,862 kes,

“Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 36 orang dan 15 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media harian COVID-19.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga 26 April pukul 12 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes,” katanya. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply